Followers

Thursday, 26 July 2012

Teknik Pemakaian Yang Betul










Pemakaian Girdle
1-Lipatkan bahagian pinggang dan kaki girdle
2-Sarungkan ke badan seperti memakai 'seluar dalam'
3-Masukkan tangan di dalam seluar, di bahagian punggung, paha depan & belakang dan tarik lebihan lemak ke atas.
4-Perbetulkan kedudukannya agar selesa.












Long Bra
1-Sarungkan bra ke badan & kemaskan (longgokkan) payu dara ke dalam cawan bra
2-Pasangkan cangkuk di bahagian belakang
3-Bongkukkan badan. Tarik semua lebihan lemak dibawah ketiak & dibawah lengan dan bawa ke hadapan, masukkan ke dalam cawan bra.
4-Laraskan tali bra & kemaskan bra 'cup' supaya dapat kedudukan yang selesa.
5-Betulkan kedudukan bra di tahap keselesaan anda.










Bengkung
Bila anda membuka bungkusan packaging bengkung, anda mendapati tali-tali bengkung terikat kemas. Sila buka ikatan tali ini sebelum pemakaian.
1-Kedudukan bengkung, pastikan 'batu permata' berada betul-betul ditengah badan. Pasang kesemua cangkuk (position cangkuk memang di tepi badan)
2-Betulkan kedudukannya
3-Pegang tali
4-Silangkan tali di belakang, tahan nafas & tarik tali (membawa kesan pinggang meramping) dan bawa cangkuk kehadapan.
5-Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa.

No comments: